Janganlah awak fikir yang hidup ini penuh dengan kebahagiaan. Hidup ini boleh diibaratkan seperti ombak. Kadangkala air akan pasang seperti hidup ada kebahagiaan tetapi air juga akan surut seperti hidup tanpa nyawa. Sekarang aku sudah kehilangan seorang ‘bidadari’ yang amat mustahak di dalam kehidupanku. Kini ku tiada tempat untuk mengadu. Aku terimbas kembali zaman kecilku.
Aku adalah anak sulung di dalam anggota keluargaku. Aku dibesarkan dengan kesusahan dunia. Ayah bondaku bekerja sebagai petani dan bonda menolong ayah. Bondaku sering mengingatkanku bahawa ‘biar kamu susah, jangan pernah lupakan yang Maha Esa’. Kata orang betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sementara menunggu keputusan untuk ke asrama, aku menolong bonda membuat kerja sambilan menjual kuih-muih di pasar. Aku rasa amat tersentuh melihat ayah dan bonda bekerja dengan bertungkus lumus untuk membesarkan aku serta lima adik-beradikku yang masih di bangku sekolah. Bonda amat bersyukur apabila die mendapat pengetahuan bahawa aku telah diterima oleh asrama yang ternama.
Bonda menyuruhku supaya jangan melupakan asal-usulku. Maklumlah aku berasal dari kampung. Penduduk-penduduk kampungku amat bangga denganku kerana aku seoranglah yang diterima untuk ke asrama tersebut dan mereka membuat kenduri untuk mengucapkan selamat atas pencapaianku. Aku menyuruh adik-adikku dan penduduk kampung lain supaya jangan putus asa. Apa yang kita hendak capai akan dikabulkan oleh-Nya jika kita memohon kepada-Nya.
Tetapi aku tidak dapat meninggalkan berlian yang amat berharga iaitu bondaku. Aku menjejakkan kakiku ke dalam kereta api seolah-olah aku dipaksa untuk pergi tinggalkan keluargaku. Tetapi aku ingat bahawa ini adalah untuk masa depanku.
Setibanya aku di kota, aku menaiki bas untuk ke asrama. Sepanjang perjalananku, aku diam, keseorangan. Aku tiba di bilikku. Di situlah aku berjumpa kawanku, rini. Beberapa bulan kemudian, ketika aku berada di dalam kelas, Cikgu Rahman memberitahu aku bahawa aku tidak lulus peperiksaanku sekali lagi. Pada keesokan hari, aku pulang ke kanpung. Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk memberitahu bonda dan ayah tentang keputusan peperiksaanku. Aku tidak mahu menghampakan hati kecil bonda dan ayah.
Apabila aku menjejakkan kakiku di luar rumahku, adik-adikku terus lari ke arahku lalu mendakapku dengan erat sambil mengatakan bahawa mereka amat rindu akan diriku. Aku masuk ke dalam rumahku. Aku nampak bonda sedang memasak hidangan kegemaranku. Mukanya pucat-lesi seperti mayat, badannya kurus macam cicak kubing dan terbatuk-batuk seolah-olah ingin mengeluarkan batu. Aku pun memeluk bonda. Aku rindu akan pelukan bonda yang penuh dengan kasih sayang. Aku menanya bonda jika dia kurang sihat.
“Nak, kamu baru pulangkan? Pergilah berehat,” kata ibu sambil tersenyum.
Aku tahu bahawa itu adalah alasan untuk menjawab soalanku. “Bonda, saya harus membawa bonda ke klinik. Bonda kelihatan kurang sihat. Sekarang saya ada wang. Tidak mengapalah jika saya memakai wang saku saya untuk bulan ini,” kataku.
Aku pun membawa ibu ke klinik berdekatan. Aku terkejut apabila aku diberitahu doktor bahawa bonda disyaki menghidap barah paru-paru. Jantungku bagai hendak putus. Bonda tidak boleh terima hakikat bahawa die menghidap barah paru-paru lalu dia menafikan bahawa die selama ini sakit. Aku pun pergi mendapatkan ubat-ubatan bonda. Sepanjan perjalanan pulang, Bonda asyik terbatuk-batuk. Apabila aku menyuruh bonda untuk mengambil ubat-ubatannya, dia menolak ke tepi ubat-ubat tersebut. Aku hairan. mengapakah bonda melakukan sebegitu? Aku pernah dimaklumkan bahawa orang yang berumur berkeras kepala. Aku tidak mahu menjadi anak yang durhaka.
Aku terpaksa biarkan ibu keseorangan dan memberitahu adikku untuk memberikan ubat untuk ibu. Aku harus pulang ke asrama. Apabila aku tiba, aku terus mengeluarkan buku notaku untuk menulis surat untuk menanya khabar supaya aku dapat mengirim surat itu pada hari minggu ini. Dengan keadaan ibu yang para aku terpaksa menyara diriku dengan bekerja sambilan di kafe sekolahku Selepas kelas-kelasku. Selepas penggal ketiga, aku dimaklumkan bahawa aku telah lulus dalam peperiksaan. Aku menjeit kegembiraan sampai serak suaraku. Aku terus pulang ke bilikku untuk menanya temanku jika ade surat apa-apa untuk diriku. Aku hampa apabila aku mengetahui bahawa tiada surat untuk diriku.
Pada keesokan hari, aku bergegas pulang. Firasatku membimbangkan diriku. Aku dapat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena. Setibanya di desaku, ternampak orang berkumpul di rumahku. Aku terus mengambil langkah seribu. Alangkah terkejutnya apabila melihat tubuh bonda terkujur kaku di tengah ruang tamuku.
Aku membisikkan, “Bonda, aku lulus.” Tetapi sayangnya, bonda tidak dapat mendengarnya. Aku mulai mengangis. Namun tangisan itu tidak dapat mengembalikan ibuku yang amat aku sayangi.
Muhammad Izzul NTSS E2/3