Michael Jackson
Michael Joseph Jackson ( 29 Ogos 1958 – 25 Jun 2009), sering dikenali sebagai MJ dan “Raja Pop”, ialah pemuzik, penghibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dalam budaya pop selama 40 tahun. Michael Jackson dipandang sebagai seorang penghibur yang hebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah. Dia adalah orang yang mencipta tarian-tarian fizikal seperti “moonwalk” dan “robot dancing”.
Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan “The Jackson 5″. Pada bulan November 2006, World Music Awards telah mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia, menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.
Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Malangnya, “Raja Pop” ini telah meninggal dunia pada 25 jun tahun lepas apabila didapati tidak bernafas. Jackson dikejarkan ke hospital UCLA dengan segera. Tetapi, dia disahkan meninggal dunia pada pukul 4:46 pm. Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.
Pada pendapat saya, Michael Jackson ini adalah seorang yang hebat, penyayang, baik hati dan penyabar. Walaupun selalu menerima komen-komen negatif daripada media, dia selalu bersabar. MJ pasti disayangi dan diminati ramai, sebab itu kematiannya mengakibatkan orang ramai menangis dan sedih kerana MJ adalah artis yang terhebat di dalam dunia.